MANUSIA dahulu sangat berkiblat kepada pencapaian akademik. IQ ditemukan oleh Alfred Binet pada tahun 1905 hingga anak-anak yang tinggi IQ nya menjadi matlamat dan impian semua ibu-bapak. Anak-anak dipaksa belajar supaya mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan. Namun kemudian manusia dikejutkan dengan penemuan kecerdasan ke dua yaitu EQ yang istilahnya diperkenalkan oleh Daniel Goleman pada tahun 1995.
Daniel Goleman menjelaskan tidak cukup hanya memiliki IQ tinggi tetapi perlu pandai bergaul dan memahami sekeliling barulah mampu mencipta kejayaan. IQ dan EQ, kedua-dua ini menjadikan manusia berjaya namun jiwa hampa. Masyarakat jadi tertekan dan rosak. Lahirlah banyak manusia berjaya secara material tetapi derita kerana kekosongan jiwa. Akhirnya ditemukan pula kecerdasan ketiga itu SQ yang diperkenalkan oleh Danah Zohar. Manusia yang kehilangan makna hidup, cuba diyakinkan kepada keperluan makna kehidupan iaitu spirituality untuk mendapatkan kebahagian dan berjaya di era ini.
Namun bahayanya, dia membawa kecerdasan SQ yang boleh dicapai tanpa pegangan agama. Di sinilah ESQ lahir untuk menyelamatkan kepincangan ini. Ketiga kecerdasan iaitu IQ, EQ dan SQ digabungkan dan dibawa kepada asas hidup manusia iaitu mengabdi kepada Allah. Dengan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan dari hadis Jibril, Dr Ary Ginanjar menulis buku dan menyusun modul yang sehingga kita telah diikuti lebih dari 1 juta manusia di seluruh dunia. Berbagai perubahan positif telah dirasaikan oleh mayoritas dari kebanyakan peserta. Mereka lebih dekat dengan agama dan lebih cinta kepada Islam.
Di dalam buku ESQ, Dr Ary Ginanjar membuat sebuah Model yang diberi nama ESQ Model yang menggabungkan 3 kecerdasan manusia iaitu IQ, EQ dan SQ melalui kesepaduan 6 Rukun Islam, 5 Rukun Iman dan Ihsan. Kesemua istilah yang digunakan di dalam Model itu menggunakan bahasa Inggeris kerana niat Dr Ary Ginanjar yang mahu membawa nilai-nilai Rukun Islam, Iman dan Ihsan ke persana antarabangsa dan menjadi solution masalah dunia. Terutama di bidang Pembangunan Sumber Manusia(Human Resourse) yang selama ini dikuasai barat. Namun Dr Ary Ginanjar waktu itu mengalami kesukaran untuk mencari istilah bahasa Inggeris yang sesuai untuk menterjemah perkataan Fitrah yang diletakkan di tengah ESQ Model.
Ada Tuduhan yang mengatakan Islam yang dibawa oleh ESQ adalah Islam yang diperbaharui dan bukan Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah tidak benar dan tidak mempunyai sebarang sandaran dan bukti. Jika tuduhan ini benar, pastilah ESQ sudah lama ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak ada mufti yang akan menyokong dan sama-sama berusaha menjelaskan segala kekeliruan yang timbul silih berganti. Mana mungkin ajaran Islam berlainan dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW akan dibenarkan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang 7 kali membahaskan kandungan dan intipati ilmu ESQ dan akhirnya membenarkan ESQ terus berjalan di Malaysia.
Islam yang disampaikan oleh Ary Ginanjar adalah dari ilmu Islam yang sangat asas yaitu Rukun Islam, rukun Iman dan Ihsan. Apa yang mungkin boleh dianggap baru hanyalah metode atau kaedah menyampaikannya yang penuh halus, hikmah, moden dan indah. Tidak seperti yang sering dilakukan oleh segelintir pendakwah yaitu kaku, bosan, menghukum, menghina dan merendahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya atau yang menolak dakwahnya.