Bulan Rajab sebagai bulan penuh kemuliaan dan kelebihan, terdapat sebuah peristiwa yang dahsyat dalam sejarah kehidupan Baginda Rasulullah saw., yakni Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj bukan hanya terjadi khilaf pendapat berkenaan dengan beliau berangkat dengan roh dan jasad atau roh saja ataupun mimpi. Namun, pendapat yang kuat menjelaskan baginda nabi melakukannya dengan roh dan jasad/tubuh. Juga khilaf pendapat mengenai tarikh (perhitungan tahun/tanggal) beliau Israk Mikraj.
Ada beberapa pendapat ulama tentang kapan Rasulullah saw., Israk Mkraj. Di antaranya, pertama, dalam kitab Tarikh Maulid An-Nabi S.A.W yang ditulis Tharhuni menyebutkan bahwa pada bulan Rabiul Awal terjadinya Israk Mikraj. Ibnu Abbas dan Jabir r.a., keduanya berkata: Diputerakan Rasulullah SAW pada Tahun Gajah, hari Isnin dua belas hari bulan Rabiul Awal dan padanya Baginda dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Baginda dibawa naikkan ke langit (Miraj) dan padanya berlakunya Hijrah dan padanya Baginda diwafatkan. (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf, dan Al-Jauzaqani dalam Al-Abathil)
Kedua, Israk dan Mikraj pada malam 27 Rajab. (Kitab Al-Bidayah wa an-Nihayah 109/3, Fath Al-Bari). Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, dan juga Imam Nawawi di dalam kitabnya 'Ar-Raudhah. Ketiga, Israk Mikraj pada bulan Rabiul Awwal. Ini berdasarkan riwayat Ibnu Lahiiah dari Urwah Az Zubair. Menurut riwayat Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Abbas ia berlaku pada 12 Rabiul Awwal, tetapi Al-Hafiz Ibnu Katsir mendhaifkan riwayat ini. Ulama lain yang mendukung pendapat ini ialah Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi. Keempat, Israk Mikraj terjadi pada bulan Zulqaedah. Ini merupakan pendapat As Suddiy.