TERKINI
NEWS

Pulau Pinang Banjir Besar, Bilal Ini Selamatkan Etnik Cina ke Surau

GEORGETOWN - "Pada mulanya mereka segan karena menghormati surau, tetapi situasi pada waktu itu sangat genting karena air sudah setinggi dada". Itu penjelasan Sapno Tukijo, 50,…

root Kontributor
DIPUBLIKASIKAN
WAKTU BACA 3 menit
SUDAH DIBACA 715×

GEORGETOWN – “Pada mulanya mereka segan karena menghormati surau, tetapi situasi pada waktu itu sangat genting karena air sudah setinggi dada”.

Itu penjelasan Sapno Tukijo, 50, bilal Surau Taman Free School di sini, berhubung gambar viral yang memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa berbangsa Cina yang menumpang di surau setempat, semalam.

Sapno berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, ramai penduduk cuba menyelamatkan diri dengan mahu menumpang di kuil berhampiran, namun arus deras menghalang mereka untuk ke kuil dimaksud.

“Kuil itu hanya terletak beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di tiang elektrik, namun gagal kerana arus deras.

“Saya akhirnya membawa mereka menumpang di surau dan mereka akur demi keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sapno berkata, jumlah sebenar mangsa yang ditempatkan di surau berkenaan seramai 70 orang, menempatkan masyarakat Cina dan India yang tinggal di kampung sekitar Lengkuk P Ramlee, di sini.

Katanya, beliau tidak mahu mempedulikan pandangan orang ramai di media sosial yang mengecam gambar berkenaan, kerana apa yang lebih penting ialah keselamatan semua pihak.

“Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu, namun saya akan berasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka tanpa arah tujuan atau lebih buruk dihanyut arus deras,” katanya.

Tinjauan BH ke Surau Taman Free School semua 70 mangsa banjir terbabit sudah pulang.

Sebagaimana diberitakan, hujan dengan jumlah yang banyak di luar jangka ditambah dengan naiknya air pasang menjadi faktor utama banjir melanda Pulau Pinang sejak Sabtu lalu.

Mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), purata hujan yang turun sebanyak 250 milimiter (mm) dalam tempo 24 jam melebihi kategori hujan amat lebar iaitu 150 mm sehari.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah bencana di luar jangka.

“Saya tidak mahu mempolitikan isu ini, namun mengikut kajian kes yang dilakukan bila sesuatu tempat itu lebih 10 atau 20 tahun tidak dilanda banjir ditambah dengan pembinaan yang rancak peparitan sedia ada tidak mampu menampung air untuk di salurkan ke laut menyebabkan limpahan air yang banyak.

“Pada masa sama berlaku air pasang tinggi di kawasan itu.

“Namun, apabila hujan lebat, bukit-bukau banyak yang sudah ditebas dan diratakan ia akan mengurangkan kapasiti penyedutan air di dalamnya, akhirnya air akan mengalir ke tengah bandar.

“Hujan seperti itu jika turun di mana-mana bandar sekalipun akan berlaku banjir,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir di JPS, Cawangan Ampang di sini, hari ini.

Menurut Wan Junaidi, banjir yang berlaku di Pulau Pinang adalah bencana di luar jangka. Namun JPS tidak meramal bila banjir negeri itu akan berakhir.

“Apa yang berlaku di Pulang Pinang bukanlah banjir kilat tetapi memang banjir luar jangka disebabkan kuantiti hujan yang turun sangat lebat.

“Buat masa ini kita tidak meramal bila banjir di Pulau Pinang akan berakhir selagi perubahan monsun barat daya belum bergerak ke timur,” katanya.

Sementara itu, kerajaan meluluskan bajet tambahan RM150 juta untuk projek Sungai Pinang yang akan dilancarkan pada Januari tahun depan membabitkan kerja pembesaran dan mendalamkan sungai.

Projek itu bermula sejak 2015 dengan kerja pembersihan termasuk perpindahan setinggan di persisiran pantai dan selesai pada 2016.[]Sumber:bharian

root
KONTRIBUTOR · ARGUMENTA.ID

Tulis Komentar