Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai
Di bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari lagi bersama kita, alangkah bahagianya diri, siapa-siapa sahaja yang dengan ikhlas melakukan segala ibadah di dalamnya yang penuh dengan berkah ini. maka berbahagialah mereka-mereka itu di hari kelak nanti.
Di bulan ini, angin sering ribut, mendung pun ada. Apalagi pada hujan, walau hanya turun sesekali sahaja. Perlu diingat, bukan kerana tiada angin dan tiada mendung! Setelah beberapa hari yang lalu iaitu hari Selasa di tanggal 28 Juni 2016, penulis pulang dari Pulo Aceh (Seurapong, Pulo Breueh). Masih juga menggunakan bot ikan.
Sampai pada saat untuk menulis feature ini, penulis terus bertanya-tanya pada diri sendiri! Di mana, atau ke manakah kapal-kapal pembantu yang dijanjikan oleh pemerintah untuk melayani transportasi laut antar pulau selama bulan Ramadhan dan menjelang libur Hari Raya Idul Fitri, kenapa hari ini tidak melayani perjalanan dari Banda Aceh ke Pulo Aceh (Pulo Breh, Seurapong) ini?
Dan pertanyaan yang sama juga pernah terbesit di hati, ketika pada hari Kamis tanggal 23 Juni 2016 iaitu keberangkatan kedua penulis ke Pulo Aceh selama bulan Ramadan ini. Kerana pada saat penulis pergi kali pertama di awal-awal bulan puasa, tiada begitu peduli terhadap transportasi tersebut. Berdalih, mungkin kerana baru beberapa hari masuk bulan Ramadhan, wajar belum ada kapal yang dijanjikan.
Akan tetapi sampai pada hari kepulangan kedua itu, belum juga ada kapal! Apa pasal ini? Pertanyaan-pertanyaan itu timbul kerana sepekan sebelum bulan Ramadan kemarin, pemerintah sudah mengabarkan berita bahawa selama bulan Ramadan akan ada kapal yang melayani transportasi antar pulau.
Mungkinkah kapal tersebut hanya melayani perjalanan ke Pulo Nasi sahaja (Pulau Aceh nama sebuah pulau paling ujung, namun memiliki dua pulau yang terpisah, iaitu Pulo Breueh dan Pulo Nasi)? Atau memang hanya untuk mencari sensasi semata di hadapan khalayak ramai, dengan diberitakan ke surat kabar akan kepedulian seperti demikian. Seolah-olah pemerintah ini peduli terhadap kesusahan rakyatnya!