KUALA LUMPUR – Sehari selepas mengumumkan hamil empat bulan, pemenang tujuh kali Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH, Datuk Siti Nurhaliza meraih rezeki berganda.
Sabtu lalu, pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura, lagu Digarhayu dendangan Siti bersama Faizal Tahir, diumumkan juara kategori Duo Terbaik.
Malam tadi pula, pada Anugerah Silet 2017 di Jakarta, lagu duet Seluruh Cinta bersama Cakra diumumkan pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet.
Single itu meraih kemenangan atas kapasati lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di Indonesia.
Lagu sama pernah memenangi Anugerah Kolaborasi Terbaik pada APM 2015.
“Alhamdulillah, saya hanya mampu memanjat kesyukuran di atas kejayaan ini. Saya sebenarnya diundang menghadiri kedua-dua acara itu, namun kerana keadaan saya berbadan dua, ia terpaksa ditolak.