TERKINI
FEATURE

Lage Asee Droh Kapai

Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai Di bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari lagi bersama kita, alangkah bahagianya diri, siapa-siapa sahaja yang dengan ikhlas melakukan…

BOY NASHRUDDIN Kontributor
DIPUBLIKASIKAN
WAKTU BACA 3 menit
SUDAH DIBACA 1.1K×

Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai

Di bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari lagi bersama kita, alangkah bahagianya diri, siapa-siapa sahaja yang dengan ikhlas melakukan segala ibadah di dalamnya yang penuh dengan berkah ini. maka berbahagialah mereka-mereka itu di hari kelak nanti.

Di bulan ini, angin sering ribut, mendung pun ada. Apalagi  pada hujan, walau hanya turun sesekali sahaja. Perlu diingat, bukan kerana tiada angin dan tiada mendung! Setelah beberapa hari yang lalu iaitu hari Selasa di tanggal 28 Juni 2016, penulis pulang dari Pulo Aceh (Seurapong, Pulo Breueh). Masih juga menggunakan bot ikan.

Sampai pada sa’at untuk menulis feature ini, penulis terus bertanya-tanya pada diri sendiri! “Di mana, atau ke manakah kapal-kapal pembantu yang dijanjikan oleh pemerintah untuk melayani transportasi laut antar pulau selama bulan Ramadhan dan menjelang libur Hari Raya Idul Fitri, kenapa hari ini tidak melayani perjalanan dari Banda Aceh ke Pulo Aceh (Pulo Breh, Seurapong) ini?”

Dan pertanyaan yang sama juga pernah terbesit di hati, ketika pada hari Kamis tanggal 23 Juni 2016 iaitu keberangkatan kedua penulis ke Pulo Aceh selama bulan Ramadan ini. Kerana pada sa’at penulis pergi kali pertama di awal-awal bulan puasa, tiada begitu peduli terhadap transportasi tersebut. Berdalih, mungkin kerana baru beberapa hari masuk bulan Ramadhan, wajar belum ada kapal yang dijanjikan.

Akan tetapi sampai pada hari kepulangan kedua itu, belum juga ada kapal! Apa pasal ini? Pertanyaan-pertanyaan itu timbul kerana sepekan sebelum bulan Ramadan kemarin, pemerintah sudah mengabarkan berita bahawa selama bulan Ramadan akan ada kapal yang melayani transportasi antar pulau.

Mungkinkah kapal tersebut hanya melayani perjalanan ke Pulo Nasi sahaja (Pulau Aceh nama sebuah pulau paling ujung, namun memiliki dua pulau yang terpisah, iaitu Pulo Breueh dan Pulo Nasi)? Atau memang hanya untuk mencari sensasi semata di hadapan khalayak ramai, dengan diberitakan ke surat kabar akan kepedulian seperti demikian. Seolah-olah pemerintah ini peduli terhadap kesusahan rakyatnya!

Walau nanti apa yang terjadi di lapangan, sangat-sangat berbeda dengan apa yang diberitakan. Mereka-mereka itu tiada mahu peduli lagi, bahkan lihai sekali menganggap semuanya seperti tiada pernah terjadi. Entah di mana letak urat malunya itu?

“Lage ase droeh kapai (ibarat anjing menggonggongi kapal).” Kata-kata itu sering terdengar dari diri-diri yang kecewa kepada seseorang, kelompok dan sebagainya, di kala apa yang dikatakan, disampaikan tiada pernah mahu ditanggapi, bahkan sedikitpun tiada pernah digubris oleh mereka yang tersebut.

Walaupun demikian, diri-diri yang peduli terhadap sesuatu itu. Meskipun harus beribu-ribu kali bersuara, yang namun mereka tetap juga akan bersuara. Bukan kerana suka untuk berkata-kata dan apa yang diupayakan olehnya tersebut tiadapun bermanfa’at bagi pribadinya, yangmana didengar dan tiada didengar sama sahaja tiada akan membuat si tukang bersuara itu merugi.

Akan tetapi diri-diri tersebut tiada pernah bisa berdiam diri, apalagi untuk menyuarakan kesejahteraan bagi sesamanya (manusia). Dan tiada pernah akan berhenti dari berbuat segala kebajikan semampunya, semoga di bulan Ramadan karim ini, kita semua dalam lindungan-Nya!

Dan mudah-mudahan kita semua termasuk orang-orang yang terkabul do’anya, sehingga di Ramadan yang akan datang bisa bercerita lagi. Melebihi akanpada cerita hari ini. Penulis mengucapkan Selamat hari raya Idul Fitri, Mohon Ma’af Lahir dan Batin.[]

Syukri Isa Bluka Teubai, anggota ASHaF (Alumni Sekolah Hamzah Fansuri)

BOY NASHRUDDIN
KONTRIBUTOR · ARGUMENTA.ID

Tulis Komentar